Thursday, 15 October 2015

KAYU OH KAYU

چیریتا تنتنگ کیو تاس  

Tanah Borneo (Sarawak) kaya dengan khazanah alamnya yang tersendiri. Sepanjang pengajian saya semasa di Tanah Borneo, saya berkesempatan memperolehi "SEPOKOK" kayu TAS.


TENTU ANDA SUKAR MEMPERCAYAINYA. NAMUN ITU YANG SAYA MILIKI (KOLEKSI PERIBADI SAYA) 



        الحمدولیلله. برسیوکور که هادرات الله  

Tentu sekali anda menganggap ia dongeng/kisah mengarut daripada saya. Sebenarnya saya memperolehi sepokok kayu Tas atau lebih dikenali sebagai pokok Hujan panas di Tanah Borneo DARIPADA Babai/Atuk (ayah kepada keluarga angkat saya sepanjang saya melanjutkan pengajian di Tanah Borneo).

Babai (Dalam bahasa Bidayuh Bau)adalah merujuk kepada Datuk. Babai menghadiahkan saya pokok Tas tersebut kerana melihatkan kepada minat saya berkaitan dengan kayu TAS/hujan panas. 


Tentu anda juga tertanya-tanya..Dimanakah Babai mendapatkan pokok Tas/Hujan Panas tersebut? Sebenarnya bukanlah sukar untuk Babai memperolehi Pokok Hujan Panas tersebut. Memandangkan Babai menghabiskan masanya bercucuk tanam di kaki bukit (Kpg Jagoi Duyoh, Bau) merupakan kampung yang WAJIB anda lalui sebelum anda sampai ke Pekan Serikin. 

Sekiranya anda pernah atau barangkali berkesempatan mengunjungi PEKAN SERIKIN (sempadan Indonesia-Sarawak) anda akan perolehi dengan mudah kayu Hujan Panas (dijual dengan harga yang berpatutan)

*pelbagai khasiat Pokok Hujan Panas/Tas (elok kiranya anda search di carian GOOGLE untuk mengetahui secara terperinci.




جیکا اندا برمینات دانگان کیو تاس ینی. سیلا هانتارکان 
E-MAIL kepada سیا   






1 comment:

rodhiah said...

Masih menanti entri barang antik milik penulis...pasti ada yang lebih menarik dalam koleksi beliau. Teruskan usaha memberi input berguna kepada pembaca.