Friday 16 October 2015

BEG KULIT } BICARA TENTANG BARANGAN KULIT

BEG KULIT

Seperti mana HEADER blog saya iaitu barang antik/unik/rare, untuk entri seterusnya saya ingin  berbicara tentang 1 beg kulit yang rare dan unik. Mungkin anda juga ada memiliki barangan kulit. Terdapat pelbagai barangan kulit dalam simpanan saya. Namun beg kulit yang saya ingin pamerkan ini merupakan yang paling unik dan rare dalam koleksi peribadi saya. 


Saya memperolehi beg kulit ini semasa saya bekerja di Sarawak (agak sinonim dengan saya,barangkali permulaan rezeki saya memang di Tanah Borneo). Beg Kulit ini saya perolehi dengan harga agak BERAT” juga. Mungkin statusnya KULIT jenis 1st  class (benang putih+kulit tebal+lembut). Memang saya akui beg kulit ini berada dalam kelasnya yang tersendiri. 





Beg ini saya perolehi di sebuah kedai 2nd di Matang Jaya, Kuching Sarawak (tahun 2010). Pelbagai barangan yang boleh anda dapat dikedai tersebut (saya tidak pasti sama ada kedai tersebut masih beroperasi/tidak).

cuba anda teliti pada benang tersebut. jahitannya cukup kemas


Berdasarkan penelitian saya secara terperinci, beg kulit ini besar kemungkinan berasal daripada/Made in Jawa (Indonesia). Ini kerana lapisan kain di dalam beg kulit ini mengambarkan dengan jelas asal usul beg kulit tersebut  (kain batik bercorak abstrak Jawa). 



Jika diperhalusi benang beg kulit ini kemas jahitannya. Saya terfikir barangkali beg ini dijahit menggunakan mesin,  atau mungkin ia dijahit hanya dengan free hand? Saya merujuk kepada collector barangan kulit. Tepat sekali,sebenarnya beg ini dijahit menggunakan mesin. Ini boleh dibuktikan dengan melihat kepada benang yang tersusun amat kemas. Sekiranya ia dijahit dengan menggunakan free hand, besar kemungkinan ada sedikit cacat cela pada garisan/lubang cucukan jarum. 


*Sekadar perkongsian koleksi. Sekiranya anda mempunyai beg kulit/barangan kulit yang unik/rare anda boleh e-mail saya untuk deal price.






1 comment:

Unknown said...

Satu entri yang menarik. Penulis mempunyai pelbagai minat dan citarasa yang tersendiri. Perkongsian ilmu yang bermanafaat , lahir dari minat dan kerajinan membaca bersama pengalaman peribadi yang sangat berharga.