Tuesday, 20 October 2015

TEMBAGA } SEKADAR BERKONGSI TIPS

MENCUCI BARANGAN/MATERIAL TEMBAGA


Saya membeli vase tembaga ini di Pasar Karat (R&R Sg. Rambai) dengan harga yang berbaloi. Pada asalnya rupa tembaga ini tidaklah hensem mana (kerana agak kusam dengan “daki”) yang melekat pada tembaga tersebut. Namun dengan sedikit pengetahuan (melalui pembacaan saya&juga berdasarkan apa yang dibuat oleh orang-orang tua terdahulu daripada kita. Mereka mencuci barangan tembaga dengan menggunakan AIR ASAM JAWA. Dengan harapan dapat mengembalikan seri pada tembaga lama (yang kusam/berkarat/berdaki………dan seumpama dengannya). 



Seperti mana yang anda dapat lihat  pada gambar dibawah. Rupa asal tembaga sebelum dicuci dengan menggunakan AIR ASAM JAWA
gambar sebelum dicuci
menggunakan asam jawa/bekas (besen)
pastikan anda menggunakan air panas/hangat untuk merendam/membersihkan tembaga yang "berdaki" tersebut





Dengan lain perkataan AMAZING…BIAR BETUL? Ya memang betul. Belum cuba belum tahu. Oleh sebab itu dengan penuh confidentnya saya berani menulis entri ini dan publish di antiquerareproduct.blogspot.com kerana saya telah melakukan/melaksanakan eksperimen tersebut dan ternyata ianya memang berkesan.





#selamat mencuba.KIPIDAP.

2 comments: