Thursday, 5 May 2016

seterika tembaga / antik

Agak lama tidak menjengah blog.  Hari ni bertemankan bunyi geseran kipas siling, saya nak update new entri. Berkaitan dengan koleksi terbaru (baru shj dibeli semalam (10 feb 2016)-dikedai karat di Kampong Hang Tuah/area Taman Duyong (sekiranya perjalanan daripada Bukit Katil/sebelah kiri jalan sebelum traffic light menghala ke Bandar Melaka).



Alhamdulillah seterika tembaga ini saya perolehi dengan harga yang mampu milik. Dikedai beliau (maaf tidak dapat snap picture atas kehendak owner kedai) memang terdapat byk seterika tembaga dan besi yang memang rare. Tidak hairanlah seterika yang dilepaskan/di let go untuk saya ini dengan harga yang mampu milik. (secara teorinya..apabila sesuatu barangan yang sama banyak/maka akan ada }harga turun naik-turun naik. Maksudnya pembeli perlu pandai tawar menawar. Lagi pun takkan owner tak nak let go sedangkan barang yang sama masih belum terjual.so, better dia jual….at least ada masyukkkkk $$$$$.  (faham)




walau apa pun, hari ni nak update blog ni. sebenarnya seterika ni dah lama saya beli. cuma tidak berkesempatan untuk uploadkan di blog. memandangkan meeting bermula jam 3pm, saya try untuk log in kat blog ni. 




balik sahaja daripada tempat seterika ni dibeli...(kalau tidak silap owner kedai antik tu nama brother Amin), saya terus "mandikan" seterika ni dengan sekepal asam jawa......dan seperti kesan degil yang lain...ianya menjadi.




Dan hasilnya setelah "dimandikan", iannya mengembalikan "seri" pada seterika. anda boleh la mencubanya. 


itu serba sedikit tentang koleksi saya...(ok..ok kena stop..meetingggggg kul 3pm).

No comments: