Monday, 13 November 2017

PASAR KARAT JONKER WALK (Melaka)


Semalam Ahad (12.11.2017) berkesempatan C.O.D barang kat Jonker Walk, Melaka. Seperti kebiasaan saya sempat “menjeling” beberapa items yang agak RARE. Namun saya HANYA MAMPU melihat/mencongok/ dalam erti kata lain disebabkan (poket tak berapa tebal), jadi “window shopping” je lah.

Yang terjebak dengan old items ni memang tahu ler....BETAPA KECANDUAN nye bila tengok barang lama/antik/rare dan paling seram sejuk jika dapat barang VINTAGE. Peh..........tidak tahu mcm mana nak describe weiiii. Serba sedikit items yang “mengusik” hati saya. 

"jam KUNCI"

Besar harapan agar items tersebut masih (ada untuk minggu seterusnya) diharapkan poket tebal: akan saya dapatkannya sebagai koleksi. Saya memang percaya pada rezeki (sekiranya tertulis rezeki saya-inshaALLAH ada).

"ada 2 biji kapal-kondisi masih OK"

beberapa barangan "kekuningan" yang mengiurkan

ada DUIT, sekali JALAN....ADA beran?

items kat atas ni memang RABAK POKET ler

kalau rasa banyak duit LEBIH dalam poket-boleh beli....harga KERAS

#that allllllllllllllllllllllllllllllllllllllll.

Thursday, 9 November 2017

Dahon Classic III ( KONDISI :Neolofa katanya)

Weiiiiii serba salah nak up pictures Dahon ni…sebab dulo Den ado beskal Dahon ni….TAPI….dah dijual. Entah kenapa Den sendiri kurang pasti (sebab utama Den menjual nya) it ok…janji masyukkkkk. Den sempat “memelihara” beskal Dahon Classic III ni selama 6 bulan sahaja. Memandang permintaan harga yang tinggi oleh customer: maka Den dengan redho “melepaskan” beskal ini. 


SI KENIT


KIUT-MIUT JE

MEMANG TAK "MASUK" LA KALAU DUK SEBELAH R28

SEDANG MENUNGGU CUSTOMER/COD (MELAKA)

GUD BAI......buyer dah bawa pergi dah. SOLD already




                                                      

SAIZ BASIKAL

Seringkali pembeli basikal salah anggap tentang cara untuk mengukur saiz sesebuah basikal. Dibawah ini saya up kan picture tentang ukuran saiz sesebuah basikal.

                                

semoga dengan pencerahan ini: dapat memberi pengertian yang jelas tentang saiz basikal yang bersesuaian dengan  UKURAN tinggi ANDA.


IMAGE-copy paste: google image



BASIKAL TUA/SPEDA TUA/GEREK LAMA

BASIKAL TUA/GEREK/SPEDA.

Hari ini ingin update serba sedikit tentang BASIKAL TUA/GEREK TUA/SPEDA yang ada dalam simpanan saya. SPEDA pertama ini saya perolehi daripada seorang penjual PETAI disalah sebuah daerah di MELAKA.

kondisi basikal lama yang saya perolehi


"tersadai" tidak "berNYAWA"


MISI membawa balik basikal tua

MISI membuang karat pada badan basikal tua

Gambar sebelum dan selepas restore. INSHALLAH (POKET tebal) saya akan restore setiap part  SPEDA INI dengan sparepart yang original.
BRAND: RALEIGH
SIZE:28
MADE IN: ENGLAND 



MISI mengecat badan basikal lama


BASIKAL TUA
Saya berjaya perolehi dalam keadaan yang CUKUP SIFAT. Alhamdulillah. Saya hanya perlu mandikan&make up (buang karat serta repaint: hitam pada bahagian RIM. Manakala BODY speda saya hanya buang (melelas dengan kertas pasir) karat-karat manja sahaja. 

KONDISI basikal yang diperoleh

"SUMBAT" je dalam keta kancil

KEPUASAN the pickers



ALHAMDULILLAH dah selamat sampai


keadaan nya yang perlu "di mandikan" nanti

Kerana ingin mengekalkan identity RUSTY pada BODY SPEDA, saya mengambil keputusan untuk tidak mengecat/repaint body basikal ini.(kekalkan "keoriganalannya"
BRAND: RALEIGH
SIZE:28
MADE IN: ENGLAND 






boleh la untuk DECO kat "rustyboutique" saya


Thursday, 5 May 2016

seterika tembaga / antik

Agak lama tidak menjengah blog.  Hari ni bertemankan bunyi geseran kipas siling, saya nak update new entri. Berkaitan dengan koleksi terbaru (baru shj dibeli semalam (10 feb 2016)-dikedai karat di Kampong Hang Tuah/area Taman Duyong (sekiranya perjalanan daripada Bukit Katil/sebelah kiri jalan sebelum traffic light menghala ke Bandar Melaka).



Alhamdulillah seterika tembaga ini saya perolehi dengan harga yang mampu milik. Dikedai beliau (maaf tidak dapat snap picture atas kehendak owner kedai) memang terdapat byk seterika tembaga dan besi yang memang rare. Tidak hairanlah seterika yang dilepaskan/di let go untuk saya ini dengan harga yang mampu milik. (secara teorinya..apabila sesuatu barangan yang sama banyak/maka akan ada }harga turun naik-turun naik. Maksudnya pembeli perlu pandai tawar menawar. Lagi pun takkan owner tak nak let go sedangkan barang yang sama masih belum terjual.so, better dia jual….at least ada masyukkkkk $$$$$.  (faham)




walau apa pun, hari ni nak update blog ni. sebenarnya seterika ni dah lama saya beli. cuma tidak berkesempatan untuk uploadkan di blog. memandangkan meeting bermula jam 3pm, saya try untuk log in kat blog ni. 




balik sahaja daripada tempat seterika ni dibeli...(kalau tidak silap owner kedai antik tu nama brother Amin), saya terus "mandikan" seterika ni dengan sekepal asam jawa......dan seperti kesan degil yang lain...ianya menjadi.




Dan hasilnya setelah "dimandikan", iannya mengembalikan "seri" pada seterika. anda boleh la mencubanya. 


itu serba sedikit tentang koleksi saya...(ok..ok kena stop..meetingggggg kul 3pm).

Monday, 15 February 2016

Tembaga oh tembaga (kuali tembaga)

Untuk entri pada kali ini, saya berjaya mendapatkan barangan yang PALING diMINATi (adalah barangan yang diperbuat daripada tembaga), tidak kira apa produk (asalkan ianya diperbuat daripada tembaga, sukar untuk saya “lepaskannya”. Dan saya mengambil kira pada “umur” sesuatu barangan yang diperolehi. Semakin lama “umur”nya, semakin saya teruja untuk memperolehinya.

Tidak dibeli, bukan dicuri….ia diperoleh di stor rumah Bonda. Seperti sedia maklum BAH BESAR 2014 yang hampir menenggelamkan rumah Bonda menyebabkan banyak barangan terpaksa “dilupus kira”.





ALAT MUZIK } trumpet/saksofon

PERSEDIAAN AWAL

4this entri..nak bercerita sedikit persediaan awal untuk mendapatkan barangan yang dihajati. Apa yang perlu dibuat adalah mengumpul RM dalam anggaran seperti mana harga barangan yang dihajati. Ada beberapa alatan yang ingin dijadikan koleksi. Antaranya instrumen muzik (trumpet dan saksofon).

Sempat menjengah semasa kunjungan ke Pasar Karat Kesang baru2 ini. namun disebabkan pemiliknya (kedai tidak beroperasi) maka hasrat untuk membeli...terpaksa dilupakan. 
antara instrumen muzik yang tergantung MENGIUR kan adalah trumpet. Rupanya wpun agak "kelam"/berdaki.tapi ia tetap menambat hati.

Terlihat tergantung menanti pemilik BAHARU.

Trumpet dibawah ini saya saya snap semasa kunjungi ke PKJ.Walk. Namun disebabkan harga nya memang tahap mengancam A++++++. Saya mengambil keputusan untuk tidak melakukan tawar menawar. Sememangnya sesiapa ingin memilikiNYA perlu mempunyai POKET yang tebal.

rupanya masih menawan