Friday, 16 October 2015

TEMBAGA BARU V/S TEMBAGA LAMA


لاما  أتو برو ؟



Tahukah anda sekiranya dibuat perbandingan harga diantara tembaga baru dengan tembaga lama : Tembaga baru jauh lebih murah nilainya berbanding tembaga lama. Kenapa? Ia sebenarnya berkait rapat dengan kualiti tembaga itu sendiri. Saya bukanlah arif tentang pembuatan tembaga. Namun apabila di buat perbandingan kualiti tembaga lama dengan tembaga baru….kelihatan dengan jelas struktur/tekstur serta kenyaringan bunyi tembaga tersebut apabila dilagakan. 


gambar diatas adalah tembaga baru (warnanya memang cerah/berkilat/"menawan"

contoh tembaga baru (seterika berkepala ayam>mini)

contoh tembaga baru (kacip pinang)

Seperti juga collector yang lain, saya  memang mencari tembaga lama yang antik dan unik malah yang jarang (rare) sekali ditemui. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan antik? Untuk mengetahui maksudnya dengan jelas. Anda bolehlah klik pada pautan ini. (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=antik)




Saya berusaha mencari pelbagai barangan antik/unik/rare yang boleh dijadikan koleksi (dijual beli). Kerana minat terhadap barangan tembaga, saya memperuntukan sebahagian daripada duit untuk mendapatkan barangan yang dihajatkan. Kerana barangan tembaga lama bukannya ditahap harga yang “nipis”. Nilaian untuk barangan tembaga lama memerlukan pencarinya memiliki  “poket yang tebal”


1 comment:

Unknown said...

Salam Tuan yg dihormati.

Saya mempunyai banyak koleksi tembaga lama untuk dijual. .

Jika berminat boleh la whatsapp no saya 0199350676