Thursday, 19 November 2015

PELITA ANTIK

Alhamdulillah
Masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk balik kekampung menjengah ibu sekeluarga.



(untuk entri pada kali ini saya ingin bercerita sedikit berkaitan dengan 1 produk yang diberi nama sebagai PELITA.



ANDA tentu dapat imaging dalam kotak fikiran anda apa yang dimaksudkan dengan pelita. Secara automatic, minda kita akan mencantumkan frasa kemudian diterjemahkan dalam kotak fikiran kita apa yang ditakrifkan sebagai PELITA. Apabila saya menyoal, anda kenal apa itu pelita? Terus anda bayangkan Oooo pelita..yang digunakan pada zaman tiada elektrik, dulu-dulu tu…betol tak? Itu yang anda bayangkan tentang pelita kan?

Bermacam jenis bentuk pelita. Yang dalam simpanan saya adalah pelita yang  sememangnya rare. Antic dan paling saya teruja adalah kerana ia punya sentimental value yang cukup tinggi. Kenapa?


Setiap kali saya terpandangkan pelita ini..pasti datang SEBAK…air mata menitis tanpa dipaksa. Betapa besarnya JASA pelita ini dalam kehidupan saya. Alhamdulillah dengan memandang PELITA ini memberikan saya MOTIVASI bahkan menyedarkan saya tentang asal-usul saya. Dimana saya dibesarkan? Zaman keriangan kanak-kanak yang sedikit sebanyak lucu apabila di flashback. Apa tidaknya, ragam dizaman kanak-kanak mana mungkin dapat di lalui lagi. Sekali seumur hidup.


Pelita ini barangkali sudah berumur hampir 30 tahun. Ia kepunyaan bonda saya. Sudah menjadi kebiasaan bagi bonda saya menggunakan pelita ini untuk “menyuluh”.



Untuk santapan mata pembaca. Ini lah rupanya PELITA menyuluh yang ada dalam simpanan saya. Bonda saya menempah daripada kawannya BERKETURUNAN cina (lebih < 30 tahun yang lalu). 

pelita ini ditempa khas (ukur lilit kepala ibu saya)







*KOLEKSI PENULIS (BUKAN UNTUK DIJUAL)

No comments: