Saturday, 24 October 2015

PASAR KARAT } LARGE VASE TEMBAGA

JIKA DAH TERTULIS

Alhamdulillah, saya sudah berada di Pasar Karat Masjid Tanah (berhadapan dengan Public Bank).  Jam > < 8.30 malam (23/10/2015). Secara rasminya large vase tembaga yang dihajati tersebut dapat dimiliki. Dengan lain perkataan, setelah melunaskan mahar yang tertunggak (sebelum ni dah bayar deposit, risau pembeli/collector lain membelinya).

Sekiranya pembaca pernah membaca entri saya sebelum ini (flashback), sebenarnya saya melihat large vase ini di Pasar Karat Bandar Hilir} Jonker Walk.



4 OKTOBER 2015(Ahad)}P.Karat B.Hilir 
Jonker Walk
Pada minggu pertama melihatNYA di PKJWalk

Jatuh hati "CINTA PANDANG PERTAMA"

11 OKTOBER 2015(Ahad)}P.Karat B.Hilir 
Jonker Walk
Pada minggu ke-2 melihatNYA di PKJWalk 

(masih tiada pembeli)

#pada minggu ke-3, ingatkan iaNYA telah dibeli oleh sesiapa. rupanya ownernya tidak bawa. YESSSSSSSSSS...ada peluang
Gambar ini saya snap semasa kunjungan ke Pasar Karat B.Hilir}Jonker Walk.

Kerana poket tidak tebal pada masa itu, saya melupakan hajat untuk membelinya. Namun saya DOAKAN agar tiada collector/pembeli yang membelinya. Syukur, ia sememangnya milik saya. Penjual large vase tembaga ini, rupanya berniaga juga di Pasar Karat Masjid Tanah. Jadi untuk memudahkan urusan, saya mendapatkan large vase ini di tapak kedai jualannya di Masjid Tanah.

Berdasarkan penelitian saya, large vase tembaga ni AMAT UNIK, ya..amat unik. Kenapa? Sebenarnya ada 4  faktor kenapa saya berusaha untuk miliki large vase ini sebagai koleksi:


BIL
SEBAB
         1

Yang pastinya sebab minat

        2
Large vase tembaga ini lain daripada yang lain (dapat dileraikan kepada 3 bahagian (tapak,badan,mulut-jenis mulut beralun)

       3
Badan large vase ini dihiasi dengan corak yang menarik (daripada tapak, badan sehingga pangkal leher)

        4
Terdapat tagging pada tapak large vase ini yang tertera “cenderamata kepada_________SEMPENA PERASMIAN_________ 
5-3-1982.
Ini bermakna, usia large vase ini sudah mencecah 32 tahun, 7 bulan 19 hari (sehingga 24/10/2015). Namun saya yakin dan percaya usia sebenar large vase ini barangkali melebihi usia tarikh yang tertera sempena perasmian tersebut. Secara logiknya, tentu sekali" large vase ini “siap dibuat lebih awal lagi sebelum tarikh perasmian yang di laksanakan)



Untuk pengetahuan pembaca, large vase ini merupakan milik orang perseorangan (sebab dinyatakan dengan jelas cenderamata kepada___________. Itu menunjukkan bahawa large vase ini DIHADIAHKAN kepada orang  yang berjawatan dalam masyarakat (barangkali ahli politik/YB). Yang menjadi persoalan saya, macam mana large vase peribadi ini berada di pasaran PASAR KARAT?

UNTUK menjawab persoalan tersebut, ianya berbalik kepada maksud Pasar Karat itu sendiri (tidak perlulah saya bercerita secara retorik) maksud pasar karat, anda boleh link kan pada Mr. Google untuk mengetahui dengan jelas maksud Pasar Karat a.k.a Pasar Loken a.k.a Pasar Lambak a.k.a black market a.k.a thieve market dan pelbagai maksud. Jadi tidak lagi menjadi kehairanan macam mana large vase ini berada di Pasar Karat. (itu anda sedia maklum maksud Pasar Karat. Gabungkan dengan teori anda, mungkin teori anda betul, dan mungkin juga teori anda salah)} faham? Kalau tidak faham, buat2 faham. 


Dibawah adalah gambar yang boleh menjadi santapan anda 

large vase ini boleh dileraikan kepada 3 bahagian

tapak large vase tembaga 
badan large vase
large vase dalam keadaan lengkap
                       

(sekiranya berminat/terliur pada large vase ini bolehlah e-mail kan kepada saya, untuk deal price)

4 comments:

Unknown said...

mmmmmm...satu entri yang bagus, berilmu dan telus. Apapun pengertian Pasar Karat yang disebutkan, yang pasti penulis mendapatkan barangan melalui saluran yang betul. Tidak perlu orang lain mempertikaikan cara mendapatkan barangan tersebut , walau telah dinyatakan oleh penulis bahawa barangan tersebut pernah menjadi milik individu sebelum ini. Dasarnya berlaku proses jual beli yang sah.

Tahniah kerana dapat memiliki barangan berharga yang diimpikan. Semoga banyak lagi barangan2 yang antik, rare dan bernilai dapat dikumpul untuk tatapan pembaca dan peminat.

Teruskan usaha anda.

Unknown said...

mmmmmm...satu entri yang bagus, berilmu dan telus. Apapun pengertian Pasar Karat yang disebutkan, yang pasti penulis mendapatkan barangan melalui saluran yang betul. Tidak perlu orang lain mempertikaikan cara mendapatkan barangan tersebut , walau telah dinyatakan oleh penulis bahawa barangan tersebut pernah menjadi milik individu sebelum ini. Dasarnya berlaku proses jual beli yang sah.

Tahniah kerana dapat memiliki barangan berharga yang diimpikan. Semoga banyak lagi barangan2 yang antik, rare dan bernilai dapat dikumpul untuk tatapan pembaca dan peminat.

Teruskan usaha anda.

the pickers/old items said...

tq.....yup yg pasti saya mendapatkan barangan ini secara SAH

Unknown said...

Menunggu lagi entri baru..jatuh cinta dengan barang-barang antik, tak dapat pegang, baca pun sudah memadai.