JIKA DAH TERTULIS
Alhamdulillah, saya sudah berada
di Pasar Karat Masjid Tanah (berhadapan dengan Public Bank). Jam > < 8.30 malam (23/10/2015). Secara
rasminya large vase tembaga yang
dihajati tersebut dapat dimiliki. Dengan lain perkataan, setelah melunaskan
mahar yang tertunggak (sebelum ni dah bayar deposit, risau pembeli/collector lain membelinya).
Sekiranya pembaca pernah membaca entri saya
sebelum ini (flashback), sebenarnya
saya melihat large vase ini di Pasar
Karat Bandar Hilir} Jonker Walk.
4 OKTOBER 2015(Ahad)}P.Karat B.Hilir Jonker Walk Pada minggu pertama melihatNYA di PKJWalk Jatuh hati "CINTA PANDANG PERTAMA" |
Gambar ini saya snap semasa kunjungan ke Pasar Karat B.Hilir}Jonker Walk. |
Kerana poket tidak tebal pada masa itu, saya
melupakan hajat untuk membelinya. Namun saya DOAKAN agar tiada
collector/pembeli yang membelinya. Syukur, ia sememangnya milik saya. Penjual large vase tembaga ini, rupanya berniaga
juga di Pasar Karat Masjid Tanah. Jadi untuk memudahkan urusan, saya
mendapatkan large vase ini di tapak kedai
jualannya di Masjid Tanah.
Berdasarkan penelitian saya,
large vase tembaga ni AMAT UNIK, ya..amat unik. Kenapa? Sebenarnya ada 4 faktor kenapa saya berusaha untuk miliki
large vase ini sebagai koleksi:
BIL
|
SEBAB
|
1
|
Yang pastinya sebab minat |
Large vase tembaga ini lain daripada yang lain (dapat
dileraikan kepada 3 bahagian (tapak,badan,mulut-jenis mulut beralun)
|
|
Badan large vase ini dihiasi dengan corak yang
menarik (daripada tapak, badan sehingga pangkal leher)
|
|
Terdapat tagging
pada tapak large vase ini yang
tertera “cenderamata kepada_________SEMPENA PERASMIAN_________
5-3-1982.
Ini bermakna, usia large vase ini sudah mencecah 32 tahun, 7 bulan 19 hari (sehingga
24/10/2015). Namun saya yakin dan percaya usia sebenar large vase ini
barangkali melebihi usia tarikh yang tertera sempena perasmian tersebut. Secara
logiknya, tentu sekali" large vase
ini “siap dibuat lebih awal lagi sebelum tarikh perasmian yang di laksanakan)
|
UNTUK menjawab persoalan tersebut, ianya berbalik kepada maksud Pasar Karat itu sendiri (tidak perlulah saya bercerita secara retorik) maksud pasar karat, anda boleh link kan pada Mr. Google untuk mengetahui dengan jelas maksud Pasar Karat a.k.a Pasar Loken a.k.a Pasar Lambak a.k.a black market a.k.a thieve market dan pelbagai maksud. Jadi tidak lagi menjadi kehairanan macam mana large vase ini berada di Pasar Karat. (itu anda sedia maklum maksud Pasar Karat. Gabungkan dengan teori anda, mungkin teori anda betul, dan mungkin juga teori anda salah)} faham? Kalau tidak faham, buat2 faham.
Dibawah adalah gambar yang boleh
menjadi santapan anda
large vase ini boleh dileraikan kepada 3 bahagian |
tapak large vase tembaga |
badan large vase |
large vase dalam keadaan lengkap |
(sekiranya berminat/terliur pada large vase ini bolehlah e-mail kan kepada saya, untuk deal price)
4 comments:
mmmmmm...satu entri yang bagus, berilmu dan telus. Apapun pengertian Pasar Karat yang disebutkan, yang pasti penulis mendapatkan barangan melalui saluran yang betul. Tidak perlu orang lain mempertikaikan cara mendapatkan barangan tersebut , walau telah dinyatakan oleh penulis bahawa barangan tersebut pernah menjadi milik individu sebelum ini. Dasarnya berlaku proses jual beli yang sah.
Tahniah kerana dapat memiliki barangan berharga yang diimpikan. Semoga banyak lagi barangan2 yang antik, rare dan bernilai dapat dikumpul untuk tatapan pembaca dan peminat.
Teruskan usaha anda.
mmmmmm...satu entri yang bagus, berilmu dan telus. Apapun pengertian Pasar Karat yang disebutkan, yang pasti penulis mendapatkan barangan melalui saluran yang betul. Tidak perlu orang lain mempertikaikan cara mendapatkan barangan tersebut , walau telah dinyatakan oleh penulis bahawa barangan tersebut pernah menjadi milik individu sebelum ini. Dasarnya berlaku proses jual beli yang sah.
Tahniah kerana dapat memiliki barangan berharga yang diimpikan. Semoga banyak lagi barangan2 yang antik, rare dan bernilai dapat dikumpul untuk tatapan pembaca dan peminat.
Teruskan usaha anda.
tq.....yup yg pasti saya mendapatkan barangan ini secara SAH
Menunggu lagi entri baru..jatuh cinta dengan barang-barang antik, tak dapat pegang, baca pun sudah memadai.
Post a Comment